Alhamdulillah, Allah Azza Wa Jalla masih memberiku kesempatan untuk mengunakan oksigenNya yang free untuk kesekian harinya... Terima kasih Ya Allah... :D
Syukran Jazilan atas segala doa kalian dari teman-teman maya yang langsung tidak dikenali... :)
Tapi, tak mungkin Nayli boleh menaip seperti sekarang jika tiada Mama.. Tanpa Mama dan tanpa izin dariNya, tidak akan wujud DNA cik Nayli Amira... >..<
Segala kesyukuran aku panjatkan padaNya Yang Maha Esa.. Kerana izinNya lah, Mama telah melalui kesakitan yang teramat saat melahirkan aku ke dunia yang penuh kekotoran ini... Ditambah dengan sakit hati dengan arwah Abah... Sungguh tak daya untuk aku membalas jasanya, atau merasai keperitannya waima melalui pengalaman yang sama...!!
Tidak... aku bukan manusia tipikal yang akan merajuk jika tidak menerima ucapan "selamat hari lahir".. Sebab aku tak layak.. Yang sepatutnya, kredit itu wajib ditujukan pada Bonda tercinta...
Ampun dan maaf wahai bonda tersayang kerana diri ini tidak mampu menjadi anak terbaik seperti yang diimpikan... Terima kasih atas segala kasih sayang mu yang terbaek punya, halalkan segala makan & minum yang dah masuk ke perut ini termasuklah masakanmu yang super gojes itu sehingga I jadi tembun dan comel seperti sekarang :) Tiada satu hadiah yang mampu saya gantikan dengan semua itu kecuali doa kepada Allah agar Mama sentiasa sihat untuk beribadah, bahagia dalam kehidupan, disayangi oleh Allah selalu serta diberkati hidup... :)
Luv u always... Allah, terima kasih sebab izinkan Pn K menjadi Bondaku yang super awesome :D
No comments:
Post a Comment