Wednesday, October 31, 2012

Ruang untukku Bermain dengan Imaginasi Sendiri...

Asssalamualaikum... Entri kali ni dan mungkin entri seterusnya adalah entri yang pelik2. Saya rasa macam nak letak URL nya, sebagai kredit, tapi tak berapa berani sebab blog tersebut untuk bacaan 18thn ke atas sahaja... Jika ada diantara kalian yang rasa saya ciplak idea blog tersebut, itu adalah tanggapan yang salah. Saya ingat nak isi borang tersebut, tapi rasa mcam lebih puas hati jika saya sendiri yang buat, sebab saya sendiri yang lalui pengalaman2 pahit tu. Atau kepada tokey blog, dan penulis2 blog tersebut, jujur saya akui, saya sangat kagumi kispen2 kalian. Tapi maaf ya, kisah saya ni, mungkin lebih baik saya sendiri yang menginterprestasikannya. Lebih puas hati. ya, mungkin makan masa yang lama sebab baru belajar. Tapi jika kalian sudi beri komen, sila beri komen yang membina ya :) Terima Kasih.

The new Chapter starts here...


Akan ku mulakan kerja membunuh yg berbentuk aksara tak lama lagi... Ini semua bermula bila ku kembali aktif dan seronok membaca jenayah aksara di diari maya itu...

Di diari maya itu, ada borang tempahanMaut, tapi rasanya lebih puas jika aku sendiri yg melakukannya...

Oh jenayah aksara ini adalah imaginasiku sendiri, InsyaAllah, selagi   Iman masih ada dalam dada, tak mungkin ku lakukan di dunia nyata ini... :)

Sebagai seorang gadis yg masih beragama Islam, aku memang yakin Allah SWT tu lebih faham, lebih mengerti penderitaan ini... Aku tahu satu hari nanti, mungkin jua sekarang, mereka akan mendapat balasannya. Mungkin bukan pada mereka, mungkin pada keluarga mereka, zuriat mereka. Who knows? Oh, tolonglah bertaubat ya, taubat nasuha pada si durjana pemain hati :3

Otak tingt0ngku mungkin menjadi rakus bila memulakan kerjayaku sebagai seorang pembunuh aksara. Jari-jemari ini memang akan laju menyelusuri papan kekunci netbook comel ku ini... Ya, ia adalah sesuatu yang di luar abnormaliti dan mentaliti seseorang manusia normal. Jangan baca jika anda jenis lemah semangat atau tidak pandai berimaginasi dengan abnormaliti seorang pembunuh aksara.......

Sekian, mukadimah ku...