perghhh, lama sungguh jari - jemari chumels ini tidak menaip! Sedangkan ana taw ana memang suka menaip!! ((bukan Nisa Menaip taw. hehehe))
nak cerita tentang apa ya??
okaylah, sekadar sepintas lalu ya :) mana yang ingat tu nayli taip jelah... heheheh
1- Alhamdulillah kami da slamat pindah ke umah baru di Kampung Sg Buah :D
2- MFC Restaurant akan dibuka Seri Bangi (h0yehh). tapi ana lum appLy sebab jawatan yang ditawarkan adalah cashier dan waitress :( ana tidak minat h0keh... nak cuba cabaran baru yang pernah dilakukan tahun lepas :) mana tahu mungkin rezeki ana akan datang, dapat jawatan Assistant Manager pula :D dulu di kioSk askem tu macam main-main dan tak berapa serius pula walaupun ana sangat suka sebab bidang ana :D tapi, mungkin berkatnya pun kurang, produktiviti kerja pun kurang :(
3- Abg Pian (cucu kesayangan opah yang 1st) da selamat nikah akhirnya :) tapi kami tak dapat hadir sebab Bonda pun baru lepas operation dan baru sangat pindah rumah...
4- ohhh ya.. lupa pula tentang tajuk entri hari ni. heheheh, Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan dan 22 hari saya jadi Assistant Admin di Sanjung Auto Sdn Bhd :D En Azam ialah bos baru, Zaki mekanik baru. saya je senior okeh :)
5- ape lagi?? oh ya, 1 may 2011 ialah ulangtahun wedding bonda & ayahanda, serta majlis nikah abg Man & kak Zanariah. abg man tu abang angkat ana. yang betul punya h0keh. cuz mak & abah angkat ana tu diorang pelihara sejak ana dalam pantang lagi h0keh. so memang kami dah rapat macam darah daging sendiri sahaja :D dan ana telah mengeluarkan "sedikit" wang untuk beli hadiah hari lahir untuk diri sendiri di alamanda. really luv it! nak belajar la jugak, biar kemas dan cantik untuk zaujku. hadiah apa ye?? biarlah rahsia :D
6- ANA NAK SUGAR GLIDER DAN CANON D1000.....!!!!!!!!!! Ya Allah, makbulkan la permintaan ana yang teringin sangat nak bela sugar glider sejak.... 2009! sebab sugar glider adalah pet yang sangat comel dan boleh jadi peneman sangat setia sebab kita boleh carry dalam poket!! Chihuahua pun pet yang kita boleh carry, tapi itukan anjing... nak bela koala?? kena saman la jawabnya :P kuceng??? kuceng adalah peneman sekeluarga dirumah. tapi berbeza dengan sugar glider, sebab dia adalah pet kita, kita yang belai,sayang n manjakan dia. tahu tak, sugar glider boleh mati law kurang perhatian & kasih sayang okeh!
"psstt..... b0s, up la gaji sikittttt....!"
"kenapa lisa, tak cukup duit minyak ker??"
"bukan, tak cukup bajet untuk bela sugar glider...!"
"....... ish budak ni...."
hahahah!!! emosigilaku meronta-ronta untuk dapatkan sugar glider tu!! ana kan suka terperap dalam bilik, so nak ada pet yang boleh lepak sama2 dengan ana dalam bilik! yeahhhh!
baeklah... sudah 12.56pm, masa untuk pergi rehat. ana maw pergi makan. perut ni meragam plak, sekarang dah tak boleh lewat makan, law tak ini perut merajuk. haiyaa, manja na cik perut nayli ni? hehehehe