Assalamualaikum wahai Cik Diariku :)
huu, saya menaip dalam keadaan mengantuk, jadi maafkan saya sekiranya ada kesilapan ejaan atau penggunaan tatabahasa disini ya....
Pengalaman hidup di hostel setakat ni ada baik buruknya.. Yang baiknya, tak la terkejar-kejar macam dulu untuk ke kelas.. Andaikata kelas cancel pun tak la tension sangat :)
Kemudian, nafsu makan agak terkawal :) Alhamdulillah...
Yang buruknya, selepas atau sebelum makcik2 cleaner ni buat kerja, mereka akan berbual dengan nada yang agak kuat pada nayli, hingga nayli boleh dengar dengan jelas setiap butirannya, cumanya, dalam bahasa yang tidak difahami ==' Hahaha... Jadi sekiranya makcik2 tu mengumpat, nayli dapat dosa jugakah? Nayli tak faham pun bahasa yang mereka tuturkan. Hehehe...
Yang kedua, bilik nayli ni menghadap lebuhraya, jadi selalu la dengar siren polis, bomba dan ambulan.... ==' Paling best malam minggu macamni rupanya ada yang race... :) Ataupun cuma tunjuk lagak bunyi ekzos je... Nayli baru tahu sebab ni hujung minggu pertama tidur dihostel. Sebelum ni, hari khamis lagi dah tergesa-gesa nak pulang ke rumah :P
Then...
No comments:
Post a Comment